Sunday, February 7, 2010

Notis Mesyuarat Agong KWPD 2010

Di maklumkan bahawa Mesyuarat Agong KWPD 2010 akan di adakan pada:

Tarikh: 18 Februari 2010

Hari: Khamis

Masa: 3 petang

Tempat: Bilik Mesyuarat Dekan 102

Semua ahli KWPD di jemput hadir.

Monday, February 1, 2010

Majlis Aprisiasi Siti Aminah Dato' Sani dan Khairul







Majlis sedehana tetapi meriah untuk menghargai Cik Siti Aminah Dato' Sani yang akan meninggalkan Fakulti Sains untuk bertugas di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan En Khairul Nizam Shamsuddin yang akan menyambung pengajian peringkat PhD. Majlis tersebut di adakan di Bilik Saintis Gemilang pada 28 Januari 2010.

Hampir semua ahli KWPD hadir termasuk Dekan, Timbalan-Timbalan Dekan, Ketua Penolong Pendaftar dan Penolong Pendaftar.

Di majlis tersebut juga di adakan majlis penyampaian sumbangan dari ahli KWPD untuk En. Nor Azlan Mohd atas kembalinya ibu beliau ke Rahmatullah.












Tuesday, January 26, 2010

Cik Wan ahli baru KWPD

Kelab Warga Pejabat Dekan mendapat seorang lagi ahli baru apabila Cik Wan Nor Suzaida bt. Mohd Suhaimi melapor diri untuk bertugas di Pejabat Dekan sebagai Pembantu Setiausaha Pejabat N17 pada 24 Januari 2010. Beliau yang bekelulusan Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat dari UiTM Dungun Terangganu di tempatkan di Bahagian Akademik, Fakulti Sains sebelum penempatan semula akan dibuat pada 1 Februari 2010.
KWPD mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada beliau.

Berita terkini...yuran KWPD 2010

Adalah di maklumkan kadar yuran ahli kelab pada tahun 2010 adalah masih kekal Rm 5.00 sebulan sehingga satu kadar baru akan diputuskan pada mesyuarat agong kelab nanti. Tuan/puan boleh membuat bayaran kepada Bendahari kelab (En. Sabri Omar) di Bilik Fotografi Pejabat Dekan.


Tuan/puan yang masih mempunyai yuran tertunggak pada tahun 2009 di harap dapat menjelaskan sebelum 31 Januari 2010 untuk penutupan akaun sesi 2009.

Monday, January 25, 2010

Kak Pah (Tengku Sharifah) dapat baby perempuan

Foto oleh Cik Fatin - baby Kak Pah yang baru berumur 36 jam

Syukur Alhamdullillah, Tengku Sharifah (Kak Pah) Staf PutraCAT yang juga Setiausaha KWPD telah selamat melahirkan anak ke 2 beliau pada 24 Januari 2010. Baby perempuan seberat 3.69 kg itu di berikan nama Aisha Nur Adni bte Zallman di lahirkan pada jam 1.44 pagi di Hospital Serdang, Selangor. Comel baby tu. Nampaknya dah ada kawan le anak lelaki Kak Pah tu... Khabarnya Kak Pah akan menjalani tempoh berpantang di kampung beliau di Kedah.

Kelab Warga Pejabat Dekan mengucapkan tahniah kepada Kak Pah...

Friday, January 22, 2010

Tahniah Akmal dan Mohd Razali

Nor Akma (kiri) dan Mohd Razali (kanan)

Kelab Warga Pejabat Dekan mengucapkan tahniah kepada En. Nor Akmal Nordin (Pembantu Tadbir) dan Mohd Razali Hajal (Pemandu Kenderaan) kerana telah mendapat status jawatan kontrak mulai 25 Januari 2010. Mereka sebelum ini adalah berjawatan sambilan di Pejabat Dekan, Fakulti Sains. KWPD mendoakan mereka akan bekerja dengan lebih gigih dan bersemangat lagi untuk melonjakan kecemerlangan Fakulti.

Thursday, January 21, 2010

Al-Fatihah, takziah kepada En. Nor Azlan Mohd dan keluarga

Warga Pejabat Dekan mengucapkan takziah kepada En. Nor Azlan Mohd (Pemandu) dan keluarga atas kembalinya ke Rahmatullah ibu beliau pada tengahari 21 Januari 2010 di Klebang, Melaka. Semuga beliau dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini dan KWPD mendoakan semuga roh ibu beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin Ya Rab Bal A-Lamin.