Di maklumkan bahawa Mesyuarat Agong KWPD 2010 akan di adakan pada:
Tarikh: 18 Februari 2010
Hari: Khamis
Masa: 3 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Dekan 102
Semua ahli KWPD di jemput hadir.
Sunday, February 7, 2010
Monday, February 1, 2010
Majlis Aprisiasi Siti Aminah Dato' Sani dan Khairul
Majlis sedehana tetapi meriah untuk menghargai Cik Siti Aminah Dato' Sani yang akan meninggalkan Fakulti Sains untuk bertugas di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan En Khairul Nizam Shamsuddin yang akan menyambung pengajian peringkat PhD. Majlis tersebut di adakan di Bilik Saintis Gemilang pada 28 Januari 2010.
Hampir semua ahli KWPD hadir termasuk Dekan, Timbalan-Timbalan Dekan, Ketua Penolong Pendaftar dan Penolong Pendaftar.
Di majlis tersebut juga di adakan majlis penyampaian sumbangan dari ahli KWPD untuk En. Nor Azlan Mohd atas kembalinya ibu beliau ke Rahmatullah.
Tuesday, January 26, 2010
Cik Wan ahli baru KWPD
Kelab Warga Pejabat Dekan mendapat seorang lagi ahli baru apabila Cik Wan Nor Suzaida bt. Mohd Suhaimi melapor diri untuk bertugas di Pejabat Dekan sebagai Pembantu Setiausaha Pejabat N17 pada 24 Januari 2010. Beliau yang bekelulusan Diploma Pengurusan Teknologi Pejabat dari UiTM Dungun Terangganu di tempatkan di Bahagian Akademik, Fakulti Sains sebelum penempatan semula akan dibuat pada 1 Februari 2010.
KWPD mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada beliau.
Berita terkini...yuran KWPD 2010
Adalah di maklumkan kadar yuran ahli kelab pada tahun 2010 adalah masih kekal Rm 5.00 sebulan sehingga satu kadar baru akan diputuskan pada mesyuarat agong kelab nanti. Tuan/puan boleh membuat bayaran kepada Bendahari kelab (En. Sabri Omar) di Bilik Fotografi Pejabat Dekan.
Tuan/puan yang masih mempunyai yuran tertunggak pada tahun 2009 di harap dapat menjelaskan sebelum 31 Januari 2010 untuk penutupan akaun sesi 2009.
Monday, January 25, 2010
Kak Pah (Tengku Sharifah) dapat baby perempuan
Foto oleh Cik Fatin - baby Kak Pah yang baru berumur 36 jam
Syukur Alhamdullillah, Tengku Sharifah (Kak Pah) Staf PutraCAT yang juga Setiausaha KWPD telah selamat melahirkan anak ke 2 beliau pada 24 Januari 2010. Baby perempuan seberat 3.69 kg itu di berikan nama Aisha Nur Adni bte Zallman di lahirkan pada jam 1.44 pagi di Hospital Serdang, Selangor. Comel baby tu. Nampaknya dah ada kawan le anak lelaki Kak Pah tu... Khabarnya Kak Pah akan menjalani tempoh berpantang di kampung beliau di Kedah.
Kelab Warga Pejabat Dekan mengucapkan tahniah kepada Kak Pah...
Friday, January 22, 2010
Tahniah Akmal dan Mohd Razali
Nor Akma (kiri) dan Mohd Razali (kanan)
Kelab Warga Pejabat Dekan mengucapkan tahniah kepada En. Nor Akmal Nordin (Pembantu Tadbir) dan Mohd Razali Hajal (Pemandu Kenderaan) kerana telah mendapat status jawatan kontrak mulai 25 Januari 2010. Mereka sebelum ini adalah berjawatan sambilan di Pejabat Dekan, Fakulti Sains. KWPD mendoakan mereka akan bekerja dengan lebih gigih dan bersemangat lagi untuk melonjakan kecemerlangan Fakulti.
Thursday, January 21, 2010
Al-Fatihah, takziah kepada En. Nor Azlan Mohd dan keluarga
Warga Pejabat Dekan mengucapkan takziah kepada En. Nor Azlan Mohd (Pemandu) dan keluarga atas kembalinya ke Rahmatullah ibu beliau pada tengahari 21 Januari 2010 di Klebang, Melaka. Semuga beliau dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini dan KWPD mendoakan semuga roh ibu beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin Ya Rab Bal A-Lamin.
Sunday, January 17, 2010
Pn. Halimah Ke Tanah Suci Mekah
Warga Pejabat Dekan mengucapkan selamat menjalani ibadah umrah kepada Puan Halimah Hj. Noh. Beliau akan berangkat ke tanah Suci Mekah bersama keluarga pada 18 Januari 2009 sehingga 29 Januari 2009. KWPD mendoakan kesejahteraan dan perjalanan ibadah beliau dipermudahkan oleh Allah SWT.
Tuesday, January 12, 2010
KWPD alu-alukan kehadiran pelajar latihan industri
KWPD mengucapkan selamat datang kepada dua pelajar latihan industri yang akan menjalani latihan dari 4 Januari sehingga 16 April 2010 bagi memenuhi keperluan untuk bergraduat dalam bidang Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat. Cik Nik Nur Amallina Nik Hassan dari UiTM Dungun, Terengganu (kiri) dan Cik Siti Nurazmah Mohd Azman dari UiTM Melaka (kanan)
Selamat menjalani latihan dari warga Pejabat Dekan.
kwpd@2010
Subscribe to:
Posts (Atom)